Posted: 17 Nov 2016 10:27 PM PST
Semalam anak aku umur 12 tahun layan Facebook. Nampak kawan di Malaysia ambil keputusan UPSR.
“Tak pe ke kalau tak ambil exam?”, risau dia.
“Tak pe. Bukan boleh masuk universiti pun”, aku kasi yakin.
Tapi kalau tanya aku, UPSR tidak perlu ambil pun tak apa kot. Kalau boleh mansuhkan terus.
1. Aku tengok anak risau kalau tidak catch up dengan kawan. Takut tertinggal. Awal lagi kita asingkan anak. Ikut sistem exam. Memang ada anak yang lambat berkembang sikit. Late bloomer. Normal. Tapi dia bukan bodoh.
Enjoy sajalah. Mahu berkawan-kawan. Asalkan seronok dan mahu pergi sekolah. itu sudah cukup bagus. Makin banyak exam kau buat, makin besar beza sistem sosial kita.
2. Motivasi dan semangat budak yang lemah mati disitu. Asyik cakap diri ‘Aku ni tidak pandai mana’. Asyik kelas corot. Sampai besar dia akan ingat dia tidak pandai.
Aku tengok mat salleh, sudah tua bangka pun suka je baca buku. Belajar sepanjang hayat. Kerana ilmu katanya. Bukan sebab exam semata.
3. Kalau satu ujian yang sama dibuat untuk menilai semua orang, macam tidak adil. Ikan pun akan rasa bodoh sepanjang hayat, kalau diuji suruh panjat pokok.
Budak mahu main. Masa main itu dia belajar. Cuba nilai dari bentuk usaha dan kemampuan. Kalau pandai main bolasepak, sokong dia sampai jadi world footballer. Nilai dari kebolehan dia main. Bukan ujian kertas.
4. Kalau risaukan kerjaya mereka, kita perbaiki sistem kerjaya. Bagi gaji sama rata. Takkan semua berebut masuk sains saja.
Di Finland, guru kerja yang untuk ada kelayakan tinggi. Sampai Master pun. Di Jepun, cikgu itu dihormati setaraf dengan doktor atau profesional lain. Semua kerja sama rata nilainya.
Barulah budak rasa yakin, kerjaya apa pun boleh cari makan. Orang dihargai. Bukan doktor aje.
5. Lebih separuh orang German pilih kemahiran vokasional. Jadi chef, juruletrik, tukang kayu, tukang kimpal. Mereka percaya kemahiran adalah sama nilai dengan kelulusan universiti. Tidak perlu degree pun.
Di Malaysia itu kerja 2nd class, kasta bawah. Susah, kotor dan comot. Gaji sikit, orang pandang rendah.
Selagi sistem pendidikan kita tidak selaras dengan sistem sosial, selagi itu kita akan berdebar tiap kali anak mahu exam.
6. Ibubapa pun tidak kisah pun sebenarnya. Ada UPSR ke tidak. Tapi yang buat jadi kisah, sebab sistem kita ni kelakar sikit. Tahun ini lain, tahun depan lain.
Bila menteri lain, sistem jadi lain. Sebab anak dilayan seperti tikus putih, mak bapak tikus mana yang tidak risau kejap gini kejap gitu. Flipflop.
Aku cuma kesian pada anak-anak. Pagi sampai malam kena kerah, lebih teruk dari orang kerja. Jadi kalau tidak dapat A, pujilah usaha dan kemampuan dia. Ramai je yang tidak masuk asrama penuh, MRSM tapi jadi orang juga.
Kau peluklah dia. Dengan kasih sayang. Bisikkan di telinga “Jom nanti kita pindah negara”. Esok kau tengok dia punya gembira.
Hidup mesti ada motivasi, kawan.
Catatan kembara,
Irwan Dahnil,
UPSR hanya 1B,
Glasgow, Scotland.
Sumber: thevocket
|
Posted: 17 Nov 2016 08:38 PM PST
FUKUOKA – JEPUN – Jepun hanya mengambil masa seminggu membaiki semula sebuah lubang gergasi yang ‘menelan’ lima lorong jalan raya berhampiran stesen kereta api utama negara itu baru-baru ini. AFP melaporkan, jalan tersebut dibuka semula pada jam 5 pagi hari ini. Sebelum itu, pekerja pembinaan telah membuat permohonan maaf, dan bekerja bersungguh sungguh selama seminggu dengan meletakkan simen basah, pasir ke dalam lumbang berkenaan. Bagi memperbetulkan kembali sistem elektrik, gas, dan bekalan air yang terhenti susulan daripada insiden tersebut. Terdahulu, kemunculan lubang besar itu mucul dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di bawah tanah |
Posted: 17 Nov 2016 06:19 AM PST
Apabila anda mengalami sakit, janganlah cepat-cepat ke doktor. Semua arahannya memang ada di telapak tangan. Dengan mencari titik organ yang sakit di telapak tangan dan kerjakan penyembuhan sendiri.
Caranya:
7 BAHAGIAN ANGGOTA TUBUH YANG NYAMAN diurut KETIKA SAKIT:
1. Pelipis Dekat Mata 5-7 saat, lepaskan perlahan
2. Di Pada Ibu Jari Dan Jari Telunjuk
Ruangan ini bila diurut dapat menolong anda yang alami sakit leher. Cuba urut selama 2 minit dengan gerakan yang lembut serta semakin sengit. Sungguh tidak terduga ya, ruang tubuh yang jauh dapat saling bersambung
3. Tulang di Pergelangan Kaki
Bila anda alami sakit punggung bawah, sakit pinggul dan pinggang, anda boleh mengurut di pergelangan
Kaki, terutama di bahagian tulang yang besar. Mungkin saja terdengar aneh, tetapi perlahan anda bakal rasakan otot lebih santai dan selesa.
4. Mata Ketiga
Kata orang, mata ketiga ini ada di pangkal hidung dekat kening. Dengan mengurut ruangan ini, anda boleh meredakan mata yang penat. Langkahnya yaitu dengan mengurut lembut ruang ini.
Kerjakan sebahagian tekanan biasa selama 1 minit. Mendekati sebahagian tekanan akhir, tutup mata anda. Tekan selama 9 kali, pada tekanan ke 10, tekan agak lama, lalu lepas perlahan-lahan.
5. Sayap di Punggung
Di belakang kita ada tulang yang menonjol seperti sayap, mengurut ruang di sekitar sana memang boleh merasa selesa. Tahukah anda, urutan ini dapat menolong meredakan permasalahan keletihan leher, kepala, nyeri yang nampak di pa *** 4ra bahkan juga permasalahan pernafasan.
6. Telapak Kaki
Di bahagian telapak kaki, ada banyak sekali titik akutekanan yang selesa dan kadang-kadang menyakitkan untuk diurut. Memakai ibu jari untuk mengurut bahagian tengah telapak kaki dapat membantu anda menangani permasalahan pencernaan.
7. Punggung dan Telapak Tangan
Masa alami kesakitan m3n5 ** uasi yang tidak melilit akan tetapi cukup mengganggu, cubalah urut sisi tengah punggung telapak tangan dan sisi dalam telapaknya.
|
Posted: 17 Nov 2016 05:25 AM PST
Ingin tahu rahsia untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga anda? Jawapannya ialah dengan sentiasa tidur dalam keadaan berbogel dengan pasangan anda.
Menurut Daily Mail, satu kajian yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan sebanyak 57 peratus daripada 1004 koresponden mengatakan dengan tidur bogel bersama pasangan masing-masing, ianya dapat mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian perkahwinan mereka.
Sementara selebihnya pula lebih suka memakai pakaian tidur atau pyjamas ketika sesi beradu bersama suami atau isteri mereka.
Menurut Stephen McKensie, 33, dirinya sudah enam tahun mengamalkan tidur tanpa mengenakan sebarang pakaian di mana Stephen berasa sangat selesa berbanding tidur dengan memakai pyjamas mahupun boxer.
“Isteri saya pun melakukan perkara yang sama dan kami sangat gembira dengan perkara ini. Tidur bogel membantu kami sentiasa bersikap tenang ketika berada di atas katil,” katanya.
Selain itu, menurut kajian itu lagi, tabiat pasangan di bilik tidur turut mempengaruhi kebahagiaan hidup berumah tangga yang dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.
Antaranya ramai koresponden tidak menggemari pasangannya makan di atas katil dan memakai stokin ketika tidur.
|
Posted: 17 Nov 2016 03:44 AM PST
FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT - Berdebar jantung bila melihat bayi lelaki berusia 11 bulan terjatuh dan meja persalinan, namun berjaya disambut oleh abangnya, lapor Daily Mail.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan si ibu, Tila Levi, membelakangi bayinya seketika sebelum anak lelakinya, Joseph Levi, 9, muncul dalam video menyambut adiknya terjatuh.
Tindakan pantas Joseph itu dianggap sebagai hero selepas dia berjaya menyelamatkan adiknya dari terhempas ke lantai di kediaman mereka di Bal Harbour, Florida.
Sebelum kejadian, Tila sedang menyiapkan kelima-lima anaknya untuk tidur. Apabila dia membelakangi meja persalinan itu, bayinya yang baring cuba meniarap dan terjatuh sebelum sempat diselamatkan oleh abangnya.
Menurut Joseph, dia tidak terfikir berjaya menyambut anaknya yang berat 13 kilogram itu, mana tidak dapat lari dengan pantas.
"Pada masa itu saya ada sesuatu yang akan berlaku dan terus berlari dan menyambut adik saya yang terjatuh," katanya.
Difahamkan, Tila telah menyimpan rakaman CCTV itu selama sebulan dan baru beberapa hari yang lalu dikongsikan di media sosial sebagai peringatan kepada ibu bapa bahawa, walaupun leka sesaat, anak-anak kecil berhadapan dengan bahaya.
Sumber: The Reporter
|
Posted: 17 Nov 2016 03:37 AM PST
Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi Yang Ramai Tidak Tahu
Adakah gigi anda berdarah setiap kali menggosok gigi? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan karang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.
Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.
Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.
Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan.Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman.Jadi,ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.
Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi.
Untuk menyingkirkan karang gigi, umumnya orang bakal pergi ke doktor, namun bagi mereka yang mungkin ingin mencari cara yang jimat dan berkesan, anda boleh juga melakukan prosedur ini sendiri dirumah.
Namun yang perlu diingat iaitu, cara ini tidak akan menghilangkan karang gigi secepat yang dikerjakan oleh doktor gigi. Untuk menyingkirkan karang yang terkumpul, ada beberapa pilihan rawatan.
Beberapa bahan yang diperlukan iaitu:
1. Hidrogen peroksida
2. Air
3. Serbuk soda
4. Garam
5. Antiseptik pencuci mulut
6. Dental pick
7. Berus gigi
Caranya:
Campur satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air hangat, lalu kumurlah dengan gabungan itu selama satu minit. Buang, lalu basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.
Alat yang paling umum serta berkesan untuk singkirkan karang gigi iaitu baking soda. Campur 1 sudu makan baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Lalu, rendam berus gigi di air hangat serta celupkan dalam gabungan.
Mulakan dengan memberus gigi terlebih dahulu. Anda memakai gabungan itu. Semua sistem mesti dilakukan selama 5 minit.
Cuci mulut dengan pencuci mulut antiseptik.
Pakai dental pick untuk bersihkan karang pada gigi. Lakukan dengan hati-hati, sehingga tak mengikis serta mengakibatkan kerosakan pada gusi anda.
Berikut beberapa cara mengelakkan karang gigi dari muncul semula yang boleh anda lakukan:
Memberus Gigi Secara Teratur
Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.
Perbanyakan Minum Air
Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang.Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.
Makan Buah Epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.
Khasiat Buah Melon
Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi.
|
Posted: 17 Nov 2016 02:58 AM PST
Sudah pasti ramai diluar sana menginginkan anak mereka dapat mempelajari sesuatu pada usia masih kecil terutamanya belajar Al Quran, tetapi ada yang mencuba tetapi tidak berjaya, mungkin kerana tidak tahu cara yang betul.
Ada yang putus asa mengajar kerana mereka masih tidak faham apa-apa, dan ada yang tidak kisah kerana menganggap mereka masih kecil. Tapi, alangkah sejuknya hati seorang ibu jika anak seawal tiga tahun sudah pandai memperdengarkan kepada kita surah-surah Al Quran walaupun bunyinya masih pelat? bagaimana nak ajar anak sekecil itu menghafal Al Quran?
Seorang ibu bernama Puan Fatimah Mohamad Adi telah mendedahkan tips yang digunakannya sehinggakan anaknya yang baru melangkau 3 tahun sudah boleh manghafal 15 surah Al Quran.
Jom kita baca perkongsian berliau.
TEKNIK MENGAJAR ANAK AL-QURAN SEAWAL USIA
Bismillahi rahmani rahim...
Untuk ibu-ibu hebat, kawan-kawan yang dikasihi sekalian. InsyaAllah di post ini, sebagaimana permintaan sahabat-sahabat berkaitan post lepas, saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya praktikkan di rumah bersama-sama anak-anak, Thoriq dan Fateh di rumah.
Untuk pengetahuan, Ahmad Thoriq berumur 3tahun 8bulan, dan Ahmad Fateh berumur 1tahun 4bulan. Intensif pengajaran dan hafazan lebih khusus kepada Thoriq yang hanya mula bercakap sekitar December 2015 yang lepas. Sehingga kini belum pun petah dan masih pelat. Pun begitu, Thoriq hampir menghafaz 15 surah. Alhamdulillah biiznillah. Ahmad Fateh pula lebih kepada pengenalan dan pengecaman huruf-huruf hijaiyah.
Mengenai Thoriq khususnya, ada yang pm dan call bertanya "bila Tim start ajar Thoriq?". "Susah tak Tim nak start?". "Macam mana nak buat untuk anak participate?". "Anak kan kecil lagi dan tak faham pun lagi?". "Tak awal sangat ke Tim?".
Ini MOTIVASI saya.
"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya" - HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.
"Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan al-Quran kerana mengingatiKu dan meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yng meminta kepadaKu. Dan kebaikan Kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas semua makhlukNya" - HR Tirmidzi.
"Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi' (pemberi syafa'at) bagi yang membacanya" -HR Muslim.
Banyak sekali manfaat belajar Al-Quran yang disebutkan oleh Nabi di dalam hadith, tidak terhitung.
Bahasa paling mudah, saya jadi CEMBURU, SENTAP dan TERPESONA. Tidakkah beruntungnya seorang ibu tatkala anaknya beroleh kefahaman al-Quran di tangannya?
Tidakkan beruntung seorang ibu bilamana anaknya membaca al-Fatihah di seluruh kehidupannya di dalam solatnya hasil didikan sang ibu? Tidakkah beruntung ibu yang melahirkan anak-anak pencinta al-Quran yang kemudiannya berusaha memahami ayatnya dan mengajari yang lain untuk mengagungkan Tuhannya?
CASH CREDIT ke akaun sang ibu. Ya, ini motivasi saya.
Saya cemburu pada ustaz/ustazah kalau merekalah yang mendapat cash credit ini. Saya mahu masuk dalam golongan orang yang mengajarkan al-Quran ini. Yang terdekat adalah anak-anak sebagai murid saya. Ini yang saya dengar dan mula-mula belajar dari Puan @Lina Karim Islamic Parenting Network sekitar Sept.2012 yang lalu. Antara seminar awal yang saya hadiri.
Sebelum dapat Thoriq lagi, saya berminat untuk mengajar anak seawal mungkin, tapi hilang sumber di mana nak mula? Saya dah terbakar nak mula, tapi tak tahu perkara mula yang perlu dibuat? Pusing-pusing akhirnya back to square one.
Berbekalkan MOTIVASI ini, saya terus buat saja. Sedikit-demi-sedikit, berterusan. Ya, BERTERUSAN dan ISTIQAMAH di sini key factor bagi sang ibu. Dengan apa yang saya lalui bersama Thoriq sejak lahirnya 2012, sekarang prosesnya lebih mudah dan cepat. Jadi rujukan sendiri untuk Fateh dan anak-anak yang seterusnya, insyaAllah.
TEKNIK YANG KAMI PRAKTIKKAN DI RUMAH:
1. Dedahkan bacaan al-Quran bagi anak
2. Pengulangan ayat sebanyak dan sekerap mungkin
3. Tasmi' ayat -- ini sudah masuk bab testing memori anak. Ada beberapa kaedah yang boleh Ibu buat untuk bantu kuatkan dan sekaligus menguji memori si anak
-tunjukkan visual ayat
-betulkan sebutan
-pengulangan tanpa urutan ayat
-chunking words
-penceritaan mengenai surah dan ayat
4. Ulang step 2 dan 3 secara berterusan dan kreatif dalam aplikasikan pengulangan surah untuk galakkan anak participate.
Ini rumusan yang boleh saya simpulkan berdasarkan apa yang kami lakukan di rumah, bukan sekadar bercakap semata-mata. Saya detailkan target hafalan anak saya dengan jadual dan target surah. Sila rujuk gambar di bawah.
Alhamdulillah. Sebenarnya teknik ini sangat mudah ibu-ibu sekalian.
______________________________
Mari saya detailkan.
FASA 1: SEMAIAN MINAT ANAK
STEP-1: Saya mula dengan mengajak suami ke Court Mammoth untuk BELIKAN CD/DVD/USB PLAYER di rumah. Di situ seninya isteri untuk bagi hint kepada suami, inilah yang kita akan buat untuk anak-anak kita. Inilah projek akhirat kita. Nak bagi ada role suami. Nak bagi ada creditnya suami dalam menjayakan pendidikan al-Quran di rumah, walaupun pada hakikatnya akan banyak sang Ibu yang bergelut sendiri.
STEP-2: Saya mula PASANG BACAAN al-Quran di rumah dengan selection hanya pada juzuk30. Tapi saya terfikir sendiri banyaknya. Berat la pula. Jadi saya groupkan kumpulan surah-surah di dalam juzuk 30. Akhirnya saya buka 24hours nonstop 10 surah pendek yang saya targetkan dahulu di rumah. Sampaikan kadang-kadang 'menerima' teguran sentap dari suami, sampai bila ni nak buka? Mmm..saya terfikir sendiri. Thoriq baru berumur sekitar 4-6 bulan ketika itu.
STEP-3: Saya mula jadikan RUMAH SEBAGAI TADIKA. Tak kira rumah di KL atau rumah sewa di Johor ketika itu, seluruh rumah kami ditransform menjadi sebuah tadika. Lekat di sana sini huruf hijaiyah, itu biasa.
Ini bagi mencambahkan minat Thoriq dengan huruf-huruf al-Quran. Bagusnya peranan printer Epson saya menjadi saham akhirat kami. Rumah di seluruh corok di bilik-bilik, cabinet dapur, hatta di depan toilet dilekatkan dengan huruf hijaiyah dan du'a-du'a untuk Thoriq tengok dan pegang. Perangai ni saya bawa sampai ke Jepun masa suami ditukarkan ke sana untuk setahun. Thoriq sudah berumur 1tahun 8bulan ketika ini. Inilah juga yang saya amalkan kini bagi Fateh.
STEP-4: Saya mula BUAT KIT. Segala macam kit saya mula buat ketika ini. Ada juga terlari sekejap fokus pendidikan al-Quran Thoriq, bukan setakat hijaiyah, abc, math, pengelasan nama-nama haiwan dan benda mula saya buat dalam bentuk kit. Handy dan mudah kerana ketika ini kami banyak travelling dengan flight dan bas.
______________________________
FASA 2: ANAK MULA KELUARKAN HASIL
STEP-5: Selesai urusan di Jepun dan Johor, saya kembali ke rumah kami di KL. Saya mulakan kembali PEMASANGAN PLAYER bacaan al-Quran 24hours nonstop. Sampai kadang-kadang saya terganggu kerana saya belajar dan menulis thesis di malam hari. Ada ketikanya di sini saya mula culas dengan diri, saya on-off kan bacaan untuk kepentingan sendiri. Pada masa yang sama, saya masih berusaha mencari kaedah yang bersesuaian dengan Thoriq sesuai dengan umurnya yang menghampiri 3tahun lebih ketika ini.
STEP-6: Akhirnya, sekitar September 2015 yang lepas saya mula gantikan player dengan saya SENDIRI BACAKAN SURAH-SURAH yang mahu anak hafaz pada setiap malam. Berulang-ulang. Saya nekad surah baru saya akan bacakan bagi anak hampir 10x dalam sehari. Ada ketikanya hampir 5x pada satu-satu masa, khususnya ketika slot tidur malam. Bayangkan betapa anak saya harus mendengar saya membaca dan betapa saya gigih membacakan walaupun anak ajak bersembang benda-benda lain. Pun begitu, anak tetap tekun mendengar ketika ini kerana dia sudah biasa mendengar di ruang rumah di sepanjang hari ketika bermain. WALLAHI, proses pengajaran ketika ini menjadi sangat mudah dan cepat. Thoriq juga ketika ini sudah mula humming words dalam ayat yang didengarnya dengan bahasa pelatnya.
STEP-7: Guna ALAT BANTU MENGAJAR. Sekitar Januari lepas, Allah memudahkan usaha saya dengan menemukan saya dengan ibu-ibu hebat yang telah jauh ke hadapan. Alhamdulillah. Saya mula mengikuti fb Puan Zaiton Abd Rahman. Saya terapkan kaedah beliau untuk anak istimewanya syamil dalam membuat kit al-Quran yang handy dan visual untuk Thoriq. Saya juga adaptasi penggunaan player di rumah dengan iQuran Apps di dalam smartphone.
Lebih handy dan trendy di dalam kereta ketika travelling bersama. Sekitar Mac yang lepas, Allah bantu dengan menemukan saya pula dengan Puan Siti Aminah Anakku Alhafiz untuk enhance imaginasi anak menggunakan kaedah penceritaaan. Ini, saya masih dalam proses belajar secara intensif.
Pun begitu, saya teruskan saja buat dengan melukis gambar binatang yang ada di dalam al-Quran, khususnya dalam Juzuk30. Saya juga menggunakn siri zaky and friends dalam memasukkan unsur penceritaan. Ada lebih kurang 5-6 surah yng diceritakan secara graphic dalam bentuk video yang menarik. Tidak lama selepas itu, saya berjumpa dengan radio mini al-Quran, yang kini menjadi alternatif untuk Thoriq membuat ulangkaji bacaannya. Sama ada melalui HS saya, player di rumah ketika bermain atau radio mini ketika tidur malam.
Pun begitu, bacaan saya tetap menjadi request Thoriq untuk tasmi' sebelum tidur malam.
STEP-8: APLIKASIKAN KREATIVITI untuk terus menggalakkan anak participate dalam proses hafalan dan pembacaan. Ini perlu usaha-sama suami dan ahli keluarga terdekat. Saya mula pelbagaikan bacaan tasmi' Thoriq dalam situasi ketika mana Thoriq minta untuk dibukakan movie haiwan kesukaannya, minta makan ais-cream, minta vitamin, nak ke rumah nenek, atau ketika minta untuk dibacakan buku-buku yang dipilihnya di rak library rumah. Saya terus-terang kepada keluarga untuk sama-sama membantu mentasmi' bacaan Thoriq pada ketika mana mereka bersama Thoriq, hatta ketika Thoriq cuba-cuba untuk mengacah mengambil smartphone mak-ayah saudaranya. Alhamdulillah ibu mertua, mak dan k.ipar yang sentiasa bersama seringkali membantu melancarkan bacaan Thoriq.
Beginilah rutin kami seharian di rumah.
______________________________
Saya tidak terlepas dari amarah, letih dan kecewa dalam mendidik anak mengajarkan al-Quran. Saya masih terus belajar dan mencuba untuk anak. Saya masih mahu termotivasi dan mencabar bagi menjadi guru pertama yang mengajarkan anak-anak saya al-Quran bermula di rumah. Itulah fitrahnya manusia, bila lelah, akan terjatuh.
Namun, sesudah jatuh insyaAllah akan terus-terusan menjayakan usahanya. Cukuplah motivasi Allah redha menjadi asbab utama untuk terus menjadikan projek Akhirat ini hidup di dalam kehidupan dan rumah kami, dan kita.
Jika dinilai semula, anak saya baru mendapat beberapa surah sahaja sejak bermula teknik Fasa2 sejak Oktober lepas. Sudah hampir 7 bulan berlalu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini lebih kepada sistem yang kami amalkan di rumah. Speed anak berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang slow.
Bergantung kreatif ibu dan respon si anak. Untuk anak saya, Alhamdulillah nampak sekarang makin berminat, jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah. Sekarang anak menghafaz 2-3 surah sekaligus dalam satu-satu masa.
Mungkin sudah ada ibu-ibu yang sudah pun bermula dengan anak masing-masing. Tahniah saya ucapkan. Mari kita terus istiqamah. Saya yakin anak-anak menjadi genius dan kreatif dengan dekatnya al-quran di hati mereka.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, buat kawan-kawan dan ibu-ibu hebat sekalian. Never too late. Ia terlambat jika tidak dimulakan dari sekarang, sesudah kita diberikan hidayah dan ilmu. Anak-anak kita dan generasi muda sekarang hidup membesar dalam suasana kerosakan yang masuk direct ke dalam rumah kita. Gelas yang tidak diisi sebaiknya, nescaya akan dipenuhi juga. Begitu juga, anak-anak kita yang dilahirkan dengan segala potensi yang ada padanya, jika tidak diisi dan digilap, PASTI akan ada yang menggilapkan bakatnya oleh yang lain.
Post ini bukan bertujuan meraih populariti kerana banyaknya bilangan surah hfalan anak. Ia bukan satu perbandingan atau perlumbaaan anak siapakah yang lebih baik, banyak atau bagus bacaannya. Sebab kita tak akan mampu tahu masa depan anak-anak kita.
Tapi kita mampu berusaha dan berikhtiar. Saya pernah terjumpa ibu yang anaknya sudah menghafaz hampir lebih 25surah juzuk30 walaupun baru berumur 2tahun lebih. Begitu juga anak puan lina karim dan puan siti aminah yang mampu menghafazsurah2 panjang seawal usia. Anak buah sedang berusaha menghafaz juzuk 28 di kala umurnya kini baru 7 tahun. Kita pulangkan natijah semula kepada Allah. Mari kita tekankan usaha kita ini sebagai Projek Akhirat kita bermula di rumah.
Akhir kata, saya suka untuk membawakan kata-kata Yusuf Qardhawi sebagai motivasi terusan buat semua. Sungguhlah, "Ibu adalah Rabbatul bait", yakni pengurus dan pengatur kepada rumahtangga dalam segala segi. Adalah FARDHU bagi ibu tersebut untuk menjalankan tugasnya mendidik dan mengasuh anak-anak di bawah jagaannya dengan segala daya dan potensi yang ada. Dan fardhu di sini membawa maksud wajib ke atas sang Ibu.
Makanya, sama-samalah kita usahakan, moga kita mampu melahirkan anak-anak pencinta al-Quran. Bukan setakat menghafaz, kita perlu naik ke level seterusnya yaitu faham dan amal juga. Satu hajat saya, jika post ini berguna, inshaAllah pohon panjangkan. Ingatlah, "Life without al-Quran, has no Light" dalam kehidupan kita sehari-harian. Moga Allah membantu kita semua ibu-ibu Malaysia dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran.
Moga post ini bermanfaat buat kawan-kawan yang bertanya dan pm saya. Moga ia juga bermanfaat buat ibu-ibu yang masih mencari arah. InsyaAllah.
|
Posted: 17 Nov 2016 02:05 AM PST
Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.
1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai.
Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
1. SURAH ASY SYUARAA’: AYAT 95 hingga 118.
2. SURAH AR RA’D: AYAT 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.
4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.
5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,
|
Jumaat, 18 November 2016
berbagai
Rabu, 14 September 2016
tulang patah
Inilah Pokok Berkesan Merawat Tulang Patah, Ketuat, Sakit Sendi Tulang Yang Ramai Tak TAHU !!
Ketika saya masih belajar di IPT dulu, saya ada mengikut seorang kawan ke pendalaman di Rompin, Pahang, untuk berjumpa dengan seorang Tok Batin. Sahabat saya ini ada masalah patah tulang di bawah buku lali kaki akibat dilanggar oleh seorang mat rempit ketika dia dalam perjalanan pulang dari kuliah malam.
Dipendekkan cerita, saya melihat Tok Batin itu tak membaca apa-apa pun, dia cuma mengambil beberapa batang pokok dan tumbuk, kemudian disapu pada tempat yang patah dan dibalut dengan daun pisang.
"Balutan ini jangan dibuka selama tiga hari dan tidak boleh terkena air selama tempoh tersebut," katanya.
Selepas tiga hari berlalu, kami pergi berjumpa dengan Tok Batin. Saya jenis yang pantang tengok ilmu baru, terus saja nak menadah.
"Tok tampal apa di kaki kawan saya itu? Cepatnya boleh sembuh?" soal saya.
"Alah, pokok tulang saja," jawabnya.
"Tak payah baca jampi ke Tok?" saya kehairanan.
"Tak payah, dah memang itu saja ubatnya. Nak jampi-jampi buat apa?" soalnya kembali.
"Saya nak ilmu ini, boleh tak Tok?" pinta saya sopan.
"Boleh saja, jarang sangat anak muda seperti kamu ini minat berubat. Mari ikut saya, kita tengok pokok itu." katanya lalu kami pun pergi ke belakang rumahnya.
Tok Batin menunjukkan pokok itu dan diajar petua bagaimana mahu mengambilnya.
Menurut Tok Batin, pokok itu boleh digunakan untuk kes tulang patah, bengkak atau seliuh. Namun, pokok ini eloklah diambil pada waktu petang sebelum malam. Nak mengambilnya pula, biar yang bahagian bawah tetapi bukan yang jenis sentuh tanah. Ambil ranting yang lekuknya ke atas. Yang turun ke bawah tak boleh dijadikan ubat.
Cara rawatannya pula, mudah sahaja. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang. Semudah A B C.
"Kalau dibalut dengan kain saja, tak jadi ke Tok?" soal saya.
"Kalau dibalut dengan kain saja, tak jadi ke Tok?" soal saya.
Menurut Tok Batin, ianya tidak akan berkesan kerana tujuan membalut dengan daun pisang adalah bagi memberi kesejukan kepada kulit dan tidak melepuh. Kebiasaannya selepas tiga hari, barulah boleh dibuka dan inshaAllah sembuh.
Bila sudah mendapat ilmu itu, saya pun cubalah pada seorang kawan yang patah tulang lutut. Alhamdulillah menjadi. Tetapi bukan tiga hari, enam hari dengan dua kali balutan.
Jadi di bulan yang mulia ini, saya izinkan sesiapa yang mahu menggunakan ilmu ini. InshaAllah sembuh.
Pokok Tulang ini dikenali sebagai Pokok Tetulang yang selalu dijadikan sebagai pokok hiasan dan mudah dicari di Nursery. - Darul Manzil
Tambahan:
1. Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
Untuk merawat ketiga-tiga perkara di atas, ranting dahannya yang segar perlu dilayurkan terlebih dahulu di atas api yang sederhana besar.
"Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan rantin dahan pokok tetulang ini pada tempat yang berkenaan. Balutlah dengan kain yang bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.
2. Hilangkan ketuat
Ambil cecair getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang. Selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketua setiap hari sehingga hilang.
3. Sakit Sendi Tulang
Patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya. Rebuskan pokok tersebut dan air rebusan itu digunakan sebagai air mandian. - Arie Dwen | The Reporter
Langgan:
Catatan (Atom)