Ahad, 14 Februari 2016

wajah

UBHANALLAH !!! MIRIP MOYANG...INILAH CICIT KETURUNAN RASULLULLAH YANG BERWAJAH PUTIH KEMERAHAN



#RINDU MENATAP WAJAH NABI MUHAMMAD SAW

#Beliau ialah Assayyid Shaikh Muhammad Shobah Al Jailani Al Pakistani keturunan Sulthanul Auliya' Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.

#Beliau dikatakan memiliki wajah mirip moyangnya itu.
Beliau seorang ulama' sufi keturunan Rasulullah dari generasi Saiyidina Hassan.

#Berdasarkan kitab Syamail Muhammadiah, diriwayatkan kulit Nabi Saw putih kemerahan. Bayangkanlah wajah Nabi saw yg disebut seperti cahaya bulan purnama menerangi alam.

Syaikh Muhammad Syobah membuatkan kita rindu ingin menatap wajah Rasulullah Saw.

Sabtu, 13 Februari 2016

RAWATAN SAKIT JANTUNG

DOA UNTUK RAWATAN SAKIT JANTUNG, SALURAN DARAH TERSUMBAT (BLOCKAGE) DAN JANTUNG BERLUBANG.

DOA UNTUK RAWATAN SAKIT JANTUNG, SALURAN DARAH TERSUMBAT (BLOCKAGE) DAN JANTUNG BERLUBANG.



Salam Pembaca,

N3 kali berkenaan rawatan untuk sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang dari Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55. Begitu hebatnya ayat Al-Quran dan mukjizatnya sebagai gantian kepada ubat-ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit manusia zahir mahupun batin. Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu.

Dua hari yang lepas di TV3 seorang ibu dan ayah merayu sumbangan orang ramai untuk menyumbang pembedahan anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang untuk kos pembedahan sebanyak RM40,000. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur kanak-kanak tersebut sehingga mendapat rawatan.

Masalah jantung tersumbat iaitu saluran darah ada "blockage"adalah sangat merbahaya kerana pesakit boleh mendapat tekanan darah tinggi dan juga mengakibatkan "stroke". Jantung tersumbat kini boleh dibuat pembedahan kecil di IJN. Yang belum tersumbat lagi terutama kepada yang masih sihat, baca doa ini selalu semuga anda akan berumur panjang dengan izin-Nya, InsyaAllah.

Anak-anak yang mempunyai ayah atau ibu mereka yang mengidap penyakit ini. Bolehlah lakukan rawatan ini sendiri di rumah. Inilah masanya anda sebagai anak membalas jasa-jasa mereka semasa hidup. Kebahagiaan dan keceriaan sesebuah keluarga itu apabila orang-orang yang kita sayangi berada dalam keadaan sehat wa'alfiat. Kata perpatah mat saleh "Health is Better Than Wealth".

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan: (Sama bacaan seperti yang dilakukan dalam bacaan memusnahkan sel-sel kanser, hanya surahnya sahaja yang lain).

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.







Maksudnya:

40. (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.

41. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).

43. Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.

44. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

45. Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.

46. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

47. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad) dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir.

48. Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

49. Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru?

50. Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi

51. Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!

52. (Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.

53. Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

54. Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Dia kehendaki, Dia akan menyeksa kamu dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka.

55. Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Wasallam.